Baru-baru ini perkongsian penyanyi Damian Mikhail mengundang kecaman ramai apabila memuat naik hantaran mengenai Sambal Nyet Khairi yang didakwa meniru produk pempengaruh terkenal, Khairul Aming.
Tampil menjelaskan mengenai perkongsiannya itu, Damian berkata ianya ditujukan kepada netizen taksub dan bukan kepada Khairul Aming.
BACA: “Netizen Marah Gila Sambal Ditiru, Tapi Puji McMing Tiru McD” – Damian Mikhail
View this post on Instagram
Kata Damian lagi, dia sendiri turut meminati serta hormat pada pempengaruh itu dan isterinya juga turut mengikuti resepi dikongsikan Khairul Aming.
“Aku tanya soalan awal, tuju kepada netizen taksub, bukan kat KA. Kalau tak faham bahasa, pergi balik ke sekolah. Kalau hati busuk, zikir dan istighfar banyak-banyak.
“Aku sendiri minat dan hormat KA. Bahkan, aku sendiri pernah muat naik dan ‘tag’ dia sebelum-sebelum ini, memuji dia kat Instagram. Isteri aku pun ikuti resipi-resipi dan kandungannya yang positif dan bermanfaat. Kalian ini bikin fitnah aku, tak baik tahu? Habis isteri aku pun marah aku semalam,” tulisnya.
Menurutnya lagi, dia tidak pernah mengatakan bahawa dia menyokong individu yang menciplak serta lantang bersuara melawan isu plagiat dan hak cipta dalam industri seni.
Sementara itu, Damian berkata dia menyokong tindakan yang yang diambil oleh pempengaruh itu mengikut prosedur undang-undang.
“Aku tak pernah cakap aku sokong kerja atau orang yang menciplak. Hakikatnya, kalian yang pakar-pakar IP (harta intelek) belaka pun pakai gambar profil, gambar curi internet pun tak beretika sebenarnya.
“Aku tak cakap pun KA salah di dalam mana-mana situasi itu. Aku sokong dia ambil tindakan kerana ada ‘locus standi’ (hak atau kapasiti untuk mengambil tindakan) dalam kes ni,” tulisnya.