fbpx

Baru-baru ini telah tular mengenai jenama CARMELITA yang menampilkan koleksi bernilai ribuan ringgit.

Siapa sangka jenama yang tular ini telah berjaya membawa nama Malaysia ke serata dunia dan dimiliki oleh sosok “wanita besi” yang berasal dari Perak, Puan Carmelita Mohd Zainol.

6 Fakta Menarik

Mari kita lihat 6 fakta menarik mengenai ‘CARMELITA’ yang sering menjadi inspirasi wanita ini!

1. Menjadi trendsetter merupakan pegangan utama beliau. Pada tahun 2016, trend pleated masih dianggap asing, namun, beliau melawan arus dan merupakan antara yang terawal menampilkan keluaran skarf dan busana pleated di Malaysia.

2. Tidak gentar mengejar impiannya, walaupun berlatarbelakangkan Kaunselor di salah sebuah universiti ternama, beliau berani meninggalkan kesemuanya untuk menjadi pencetus hub fesyen buat wanita elit yang inginkan koleksi yang anggun dan mudah digayakan.

3. Bukan mengejar glamor atau keuntungan semata, beliau membina CARMELITA berlandaskan kajian, inovasi dan percubaan agar rekaannya bukan sekadar cantik tetapi dapat menyelesaikan masalah wanita yang kesuntukan masa.

Sehingga kini, beliau berjaya menginovasi lebih 40 koleksi skarf dan busana pleated rekaan sendiri. Tentunya kejayaan ini amat luar biasa!

4. Di saat kebanyakan perniagaan fesyen terpaksa mengundurkan diri daripada industri ketika seluruh negara dalam keadaan darurat Perintah Berkurung, wanita ini sebaliknya mengambil tindakan “gila” dengan merasmikan pembukaan butik kedua di kawasan elit Bangsar yang menelan kos perbelanjaan sehingga jutaan ringgit.

5. Pendirian wanita ini juga ternyata tidak goyah walaupun jenamanya sering dikatakan terlalu mahal dan dilabel “kayangan”. Buktinya kini, jenama CARMELITA semakin dikenali dan diminati golongan wanita elit yang mementingkan kelainan, nilai eksklusif dan keyakinan diri.

6. Mungkin ramai yang tidak tahu, karakter wanita besi ini sebenarnya dipupuk dari kecil dengan latar belakang tentera, bukan sahaja anak dan menantu kepada seorang pegawai tentera, beliau juga merupakan seorang isteri kepada seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu Lt. Kol. Faizul Hussein Ismail.

Tidak perlu disangkal lagi, kredibiliti dan disiplin wanita ini membolehkannya berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa yang lain.

Walaupun selalu tampil dengan gaya feminin dan lembut. Namun 6 fakta ini adalah bukti dan rahsia keberanian di sebalik kejayaan Puan Carmelita Mohd Zainol yang mampu mencetus inspirasi buat semua wanita di luar sana.