fbpx

“Dari Awal Lagi Erma Luahkan Rasa Risau” – Umie Aida

Umum mengetahui, sejak Jumaat lalu tular sedutan babak drama Perempuan Itu yang dimuat naik pelakon Zul Ariffin sekaligus mengundang kecaman ramai.

Menerusi satu entri di Instagram, pelakon Datin Seri Umie Aida yang juga adik kepada Erma Fatima sekali penulis skrip drama berkenaan dimana dia mengakui kakaknya itu pernah meluahkan rasa bimbang apabila mengetahui ada babak daring dalam drama tersebut.

BACA: “Malukan Drama Tempatan, Macam Dah Tak Ada Otak”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by umie aida (@umieaida9)

“Saya terus komen pada Erma (Erma Fatima), apa cerita korang (awak semua) buat ini, gila ke?

“Hmmm, baru sempat untuk saya berkongsi kata-kata sikit mengenai isu ini. Dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya dia, bila tengok ‘footage’ cerita ini. Dia kata mereka ‘shoot’ sangat ‘daring’,” tulisnya.

Umie turut meluahkan rasa kecewa apabila footage itu dikeluarkan di media sosial tanpa keizinan pihak penerbit.

“Dan lebih mengecewakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan ‘footage’ (yang Erma nak buang) dari penyunting tanpa keizinan pihak penerbit dan muat naik di Instagram.

“Motif keluarkan ‘footage’ yang belum disunting dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk tular? Dan saya sempat tengok hantaran dari IG pelakon itu.

“Dalam isu ini beberapa pihak yang terbabit harus ke depan dan jelaskan kenapa babak itu jadi sampai tahap begitu?” katanya.

Dalam pada itu, Umie turut meminta pihak terbabit untuk bertanggungjawab di atas apa yang terjadi serta memaklumkan bahawa pelakon berhak menolak untuk membawa watak yang berada di luar kewarasan.

“Antara skrip dan interprestasi pengarah berbeza. Screenplay (lakon layar) dibuat oleh pengarah bukan penulis skrip atau penerbit.

“Dan sebagai pelakon wajar menolak lakon layar yag di luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran buat kita semua,” katanya.