fbpx

“Malukan Drama Tempatan, Macam Dah Tak Ada Otak”

Sejak Jumaat lalu hangat diperkatakan mengenai video babak panas yang dimuat naik oleh Zul Ariffin bersama seorang pelakon baru, Siti Hariesa mengundang kecaman ramai.

Perkara itu turut mendapat perhatian bekas pelakon Zul Yahya yang memberikan pendapatnya dipercayai mengenai isu berkenaan.

BACA: “Babak Panas Zul Ariffin Mungkin Tak Ditayang Di TV, Hanya Untuk Publisiti” – Pengarah

Menerusi perkongsian di Instagram, Zul berkata karya sedemikian memalukan drama tempatan dan pihak yang terlibat seolah tiada otak mempertontonkan babak sedemikian pada masyarakat Islam.

Dalam perkongsian lain, Zul berkata sepatutnya semakin tua sepatutnya mendekatkan diri dengan Allah bukan semakin bangga menunjukkan cara-cara berzina.

Sementara itu, dalam entri lain Zul turut meminta kepada orang ramai supaya memadam dan berhenti menyebarkan babak lucah lakonan Zul Ariffin itu.

Ujarnya lagi, jika ada yang berkongsikan video tersebut secara tidak langsung telah mempromosikan adegan zina.

Terdahulu, pengarah drama berkenaan memberitahu adegan itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen.