Siapa sangka, wujud bintang yang semakin menyinar di Sabah yang dalam masa yang sama turut membawa nama Negeri di Bawah Bayu ini semakin ke hadapan. Bintang yang dimaksudkan di sini ialah Dato’ Abdul Rahman Dahlan atau lebih dikenali sebagai (DARD).
Walaupun baru menjadi wakil rakyat selama satu penggal, DARD sudah membuktikan kalibernya sebagai seorang pemimpin yang efektif malah turut membawa kemajuan di Kota Belud, kawasan Parlimen yang dipegang sebelum beliau berpindah untuk bertanding di Sepanggar.
Malah dedikasi dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya juga tidak boleh dipertikaikan lagi. Ini jelas sekali menunjukkan kecemerlangannya dan tidak hairanlah beliau kini sudah pun diberi kepercayaan memegang portfolio penting – Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga EPU.
Mungkin DARD dianggap sebagai orang baru namun dalam masa yang sama sifat ketokohannya juga amat terserlah dan percayalah, jika peluang, bakat, kebolehan dan masa diberi, DARD mampu mengambil alih kepimpinan di masa akan datang.
Maka dengan itu, sokongan rakyat Sabah pastinya ditagih agar lebih banyak lagi kemajuan dan penambah baikan yang
dapat beliau lakukan. Untuk PRU14 kali ini, DARD akan bertanding di kawasan Sepanggar.
Tidak mustahil langsung jika DARD diberi peluang untuk mengemudi kawasan Sepanggar, sudah pasti banyak isu-isu tempatan dapat diselesaikan serta membawa banyak lagi kemajuan dan pembangunan di negeri itu. Namun jika mengundi mengikut emosi, apakah pembaharuan yang dapat dilakukan.
Buat warga Sabah, pilihlah pemimpin secara bijak dan bukan secara emosi. Pilihlah pemimpin berdasarkan pencapaiannya dan bukan sekadar janji manisnya. Berikut merupakan pencapaian DARD yang selalu komited menunaikan apa yang dijanjikannya.
Pencapaian Dato Abdul Rahman Dahlan
1. Perumahan
– Membina 1,000 unit rumah mampu milik PPR untuk rakyat
2. Pendidikan
– Pembinaan politeknik Kota Belud
3.Kesejahteraan Sosial
– Pembinaan Dataran Kota Belud untuk kegiatan riadah awam
4. Menggiatkan Aktiviti Ekonomi Setempat
– Pembinaan Baazar Rakyat Kota Belud
5. Menggiatkan Industri Pelancongan
– Meluluskan Jeti Pelancongan di Kuala Abai ke Mantanani
6. Penambah Baik Sistem Infrastruktur
– Meluluskan peruntukan RM50 juta untuk menangani masalah banjir
– Melaksanakan system solar di sekolah dan rumah ibadat untuk menjimatkan pengunaan elektrik
– Membina dan membaik pulih jalan pekan dan luar bandar di daerah kota Belud
Jika diberi mandat oleh pengundi, tentu sekali rahmat ini akan dipanjangkan ke Sepanggar. Komuniti Sepanggar juga akan menikmati pelbagai pembangunan dan pembaharuan untuk membantu komunitinya hidup lebih selesa dan harmoni.