Daphne Iking Tak Rindu Makan Khinzir, Sebelum Peluk Islam Memang Tak Suka Makan
Baru-baru ini, pelakon Daphne Iking berkongsikan apabila ada yang bertanyakan kepadanya sama ada dia rindu untuk makan daging khinzir selepas memeluk agama Islam.
Menerusi video dikongsikan oleh suaminya, Daphne berkata dia bukan seorang penggemar daging babi sebelum memeluk Islam lagi.
BACA: Awalnya Bertudung Nak Tutup Uban, Kini Daphne Iking Janggal Bila Buka Tudung
View this post on Instagram
“Ada juga yang tanya tak rindu ke makan babi? Saya jawab saya memang tak suka makan babi. Tapi sebenarnya sebab utama saya tak makan adalah kami ada big farm yang membela haiwan ternakan termasuk babi. Kami bagi babi itu makan dan minum hampir setiap hari,” katanya.
Dalam video tersebut, Daphne dilihat bermesra dengan haiwan termasuk membelai serta memberi susu kepada dua ekor khinzir.
Sementara itu, suaminya dikenali sebagai Joe turut menulis di kapsyen mengatakan isterinya seorang pencinta haiwan dan menghormati hidupan tersebut seperti mana makhluk ciptaan Tuhan.
Dalam pada itu, Joe juga turut menitipkan nasihat kepada mereka diluar sana supaya menghentikan tanggapan negatif kepada haiwan seperti ajing dan babi.
“Bagi saya, sebagai seorang Muslim Malaysia, kita telah dibiasakan untuk takutkan mereka, menganggap mereka sebagai haiwan yang kotor dan saya rasa itu adalah cara yang salah untuk membesarkan anak-anak kita,” tulisnya.
- SUMBER
- Cari Forum
wa setuju cakap lu brader joe, jgn pandang negatif pda babi dan anjing kerana keduanya makhluk Allah. Allah jadikan keduanya bersebab. tapi jgn silap cakap bro. babi haram, maknanya tetap kotor. najis berat dalam Islam. dan mungkin babi dicipta Allah utk menyucikan benda kotor seperti najis kerana itulah sifat babi. harap lu ajar perkara yg betul kepada anak2 lu bro…
Pegang je bukan makan…samak le lepas tu, islam senang.
Ye memang boleh sertu @ setengah org panggil samak, lepas pegang babi anjing. Tapi tak boleh la suka2 pegang peluk ke cium tanpa sebab yg memaksa. Islam tak suruh benci pun haiwan yg kategori najis berat ni. Contoh klu terpaksa sebab nk selamatkan haiwan tu jatuh longkang ke… Takpe la. Ni sesaja suka2 nk pegang… Tak boleh derr…
Hari tu ada seekor anak anjing jatuh longkang. terjerit2 minta tolong. aku amiklh pakai plastik letak balik dgn adik beradik dia x jauh dr longkang tu. tah camne tersentuh gak anak anjing tu. balik rumah bru aku samak. settle.
Haaa…….
Bagus la
Bermakna laki² lain boleh pegang² & belai² isteri ko joe.
Kita semua makhluk tuhan.
Sayang menyayangi kan?