Daphne Iking Dedah Dua Minggu Fikir Nak Gugurkan Anak Keempat
Selamat melahirkan cahaya mata keempat pada 21 Mei lalu, pengacara dan pelakon Daphne Iking berkata dia berdepan situasi yang sukar ketika proses kehamilannya itu
Diberi nama Ilon Daniel Iking, bayi lelaki itu dilahirkan melalui pembedahan. Daphne mendedahkan dia dan suami berdepan konflik memikirkan sama ada untuk menggugurkan bayi berkenaan kerana kehamilan itu membahayakan kesihatannya.
BACA: Daphne Iking Ada Sebab Mahu Rahsiakan Kandungan
“Dua minggu saya dan suami bertarung dengan konflik sama ada untuk menggugurkan bayi ini atau tidak. Ia pilihan yang sangat sukar!
“Sebenarnya kehamilan ini membahayakan kesihatan saya dan doktor sudah menasihati saya untuk tidak lagi bersalin selepas melahirkan anak ketiga pada 2016 secara pembedahan. Tetapi situasi berubah selepas saya melihat suami saya menangis buat pertama kalinya,” katanya.
Menurut Daphne, keadaan dinding uterusnya yang nipis boleh membahayakan nyawanya dan bayi yang dikandung sekiranya berkembang menjadi saiz yang besar.
Daphne turut mendapatkan pandangan beberapa individu termasuk pakar perubatan bagi membantunya membuat keputusan yang tepat. Namun dia memutuskan untuk meneruskan kehamilan memandangkan ada ahli keluarganya sukar untuk dapatkan zuriat.
“Jadi, saya memutuskan untuk meneruskan kehamilan ini apabila melihat ramai dalam kalangan orang lain termasuk ahli keluarga saya sendiri yang sukar mendapatkan anak.
“Perjalanan ini sungguh berbeza dan saya cuba jadi kuat. Biarpun Ilon dilahirkan dalam keadaan sedikit pramatang, saya bersyukur,” tambahnya.
Dalam pada itu, Daphne berkata dia mempunyai alasan tersebut mengapa tidak mengumumkan kehamilannya kepada umum. Namun, Daphne mengakui sedikit tertekan apabila tidak dapat berkongsikan berita gembira itu kepada orang ramai.
“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya tidak mahu didiskriminasi apabila ada pihak yang tahu saya hamil. Saya menjadi sedikit tertekan apabila tidak dapat kongsikan berita gembira itu kepada orang ramai.
“Oleh itu, kali ini saya hanya maklumkan kepada kawan-kawan rapat dan keluarga sahaja.
“Tiada majlis baby shower dan tambah pula situasi semasa kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya hanya maklumkan kepada mereka melalui panggilan video, aplikasi Zoom dan Facetime,” katanya.
Daphne mempunyai tiga cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 12, Iman Daniella Iking, 8, dan Isidore Daniel Iking, 3 tahun.
- SUMBER
- Astro Gempak
Anak Raja mana ni?
Who r yous?
Siapa si liberal ni? Bgsla beranak lg supaya anakmu tu nnti berjuta2 komplikasi. Bloody selfish.
Maaf tp kenape daphne x amek precaution selepas lahirkn anak no. 3 kalau doc dah bgtau bahaya utk dia mengandung lg.. mcm2 cara kan ade utk elakkn kehamilan.. saya pun 4 kali pregnant.. 1 gugur.. lg 3 semua c-section.. doc kata saya boleh lg kalau nak pregnant 1 more.. tp it is up to me.. now my youngest is already 11yo.. alhamdulillah daphne & baby selamat & sihat.. lepas ni fikir la camne x termengandung lg.. x pun ikat je terus.. selamat hari raya..
Nama ank pun dah x mencerminkn islam.apa bodoh lakinye kenape nama keluarga bini yg di letakkn.
Dia liberal la Tipah. Ko dh kenape? Pompuan cina serawak ni boleh fhm lg tp laki dia melayu liberal yg jenis super supportive as compared to lebais yg jadikan bini hamba. Dunia kan dah tebalik.
ramai je melayu begini.
ada yg kami kenal melayu emak dan adik beradiknya bertudung tapi dia hidup bkn mcm org Islam.
sedangkan kawan cina dari semananjung pun malu mengaku dia dari semananjung.
bulan puasa ikut mereka makan kedai cina ada babi hentam jaklah minum arak.
kawin pura2 cara islam sebab emaknya masih hidup tapi tidak amalkan hidup seperti bukan islam.
kejutan budaya baru rasa senang.