fbpx

Jika anda mengikuti Instagram Alif Satar, pasti mengetahui selebriti itu kini sedang bercuti bersama keluarganya di luar negara.

Terbaru, Aliff berkongsikan dia tidak menyangka perjalanan mereka sekeluarga ketika mencari nasi briyani di Edinburgh, London memberikan kenangan bermakna.

BACA: Alif Satar Tolak Lakon Babak Mesra, Bukan Berlagak Alim

Menurut Alif, dia sekeluarga berpeluang melihat sendiri perarakan kereta mayat yang membawa keranda Ratu Elizabeth II yang sedang merentasi ribuan rakyat jelata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

“Semalam (Ahad), kami tinggalkan hotel di The Gleneagles untuk Edinburgh. Sampai saja di Edinburgh, kami pun tinggal kereta dan berjalan di bandar untuk mencari makanan tengahari.

“Sekali, sedang kami berjalan mencari briyani (dah seminggu lebih tak makan nasi), tengok-tengok jalan semua tutup. Nak lintas seberang jalan pun tak boleh sebab orang dah ramai. Rupa-rupanya ada perarakan kereta yang membawa keranda Ratu Elizabeth II.”tulisnya.

Menerusi entri itu, Alif turut memuat naik video ketika perarakan tersebut. Perkongsian Alif itu mendapat  pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja serta mengatakan selebriti serta keluarganya  bertuah dapat melihat peristiwa penuh bersejarah.