Dapat RM53k Daripada Google Hasil Kecaman Netizen
Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri ada berkongsikan video beliau yang melonjak gembira apabila menerima wang daripada Google Malaysia sebanyak RM53,000.
Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa Google memberikan sejumlah wang yang besar kepada Aliff Syukri sedangkan selama ini beliau hanya menjadi bahan kecaman dan apa saja yang dilakukan sering menimbulkan rasa kurang dikalangan netizen.
BACA: Tak Tahan Dikecam, Aliff Syukri Mahu Jual IG Anak RM40k
Bagaimanapun, jika anda mengikuti saluran YouTube miliknya iaitu TV Terlajak Laris, setakat ini sudah mempunyai lebih 340,000 pelanggan. Boleh dikatakan semua video yang dimuat naik di saluran tersebut menerima jumlah tontonan yang tinggi dan menerima ribuan komen daripada netizen.
Menerusi video tersebut, Aliff dan isteri, Datin Nur Shahida turut mengucapkan terima kasih kepada Google Malaysia di atas ganjaran tersebut serta kepada netizen yang tidak berhenti mengecamnya kerana disebalik kecaman itu mereka diberikan rezeki.
“Terima kasih kepada Google Malaysia. Terima kasih kepada yang selalu bercerita pasal kita, yang mengutuk pasal kita, disebalik kecaman dan musibah orang bagi kita rezeki.”
Dalam pada itu, Aliff turut berkongsikan wang ganjaran tersebut bersama pekerja-pekerjanya yang selama ini menjadi tulang belakang syarikat.
Siapa sangka disebalik kecaman netizen boleh bertukar menjadi rezeki. Apa yang pasti, Aliff sangat berterima kasih kepada pakcik dan makcik bawang yang selama ini tak berhenti mengutuknya. Buat netizen pula, lagi banyak anda mengecam, mungkin lagi banyak wang ganjaran beliau akan terima.
- SUMBER
- Cari Forum
Bongkak..riak…jgn mcmtu bro…Allah x suka
Sape suruh korg bodoh pegi view and share video dia kt youtube. Korg tak tau agaknya kalau view tggi dpt duit. Netizen yg membongak pastu kecam org bongak. Padan la sama bongak. Hahaha
Netizen nak popular bro biaselah
huhuhu pandAI diaa
Huhu next time jgn view video dia. Mmg dia ni pegi mana2 pun dlm otak marketing strategy. Beli nasi lemak pun dia buat video lain mcm bagi org suka kecam pastu dia dpt duit. Apela korang.. next time view vid org susah, bg diorg duit. Bg dia ni duit buat ape.
jangan laaa marah2 akak.. tu rezeki diaaa… disebalik rezeki dia yang kaya dia kongsikan juga dengan orang2 susah…? dengan orang2 gaji diaa..
Alhamdulillah. Bila rezeki datang tak ada siapa boleh pertikai. Kita kutuk dapat dosa. Dia dapat duit. Siapa untung siapa rugi?
Stay positive all the time okay? What you give to the universe you will get it back.
Kita beri kebencian, kita dibenci.
Kita beri kasih sayang, kita disayangi.
Betul tu aku setuju
google bayar cash….
Jom kita dpt video, mana tau ada org follow n like ada duit masuk wakaka
SBB Tu la alif syukri ni suka buat bnda2 bodoh,dia nak netizen kecam dia,lgi bnyak korang view YouTube dia,Komen ig dia,follow Dia,Dia mkin untung.
Ini epic haha.. Nice dato, padan muka for those criticise him always
Berkat tak berkat belakang citer, janji masyuk. Akhir zaman, yg ramai buat belum tentu betul ?
Dosa tak nak kira sekali ker? Manalah tau klu sama banyak, masyukk tuuu
Alahai nitizen mengutuk lgiiii kamu ya. Tak serik2 ngutuk org sepanjang hayat. Tahniah Alif usahawan gigih, gelagat anda telah menceriakan dunia maya. Ada bahan tontonan, ada bahan cerita ada bahan kutukan ada bahan sanjungan, semunya kerana kamu. Maju terus terlajak laris.