Dapat Kebenaran Polis Bergerak Ketika PKP, Ebit Lew Teruskan Kerja Amal
Hangat diperkatakan apabila Ustaz Ebit Lew membuat keputusan untuk berhenti daripada mengagih bantuan kepada mereka yang memerlukan sementara waktu selepas dipanggil oleh pihak polis selepas menerima aduan daripada individu tidak dikenali.
Bagaimanapun, hari ini Ustaz Ebit kembali meneruskan kerja amal selepas diberi kebenaran oleh pihak polis untuk bergerak ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
BACA: Dr Maza Nasihat Ebit Lew Jangan Simpan Dalam Hati, Teruskan Beri Bantuan
Menerusi perkongsian terbaru, Ustaz Ebit kembali menjalankan misi kemanusiaan dan turut dikongsikan menerusi Facebook rasminya. Ustaz Ebit mengatakan dia terus ke Baling, Kedah selepas bersahur untuk membantu sebuah keluarga susah yang sudah setahun tinggal di dalam kebun getah.
Perkongsian Ustaz Ebit itu ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia yang gembira dan meluahkan rasa syukur pendakwah bebas itu kembalinya mengulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
Malah, ramai yang mendoakan agar segala urusan Ustaz Ebit dipermudahkan dan dirahmati, Tidak kurang juga ramai yang berhadap semoga perjuangan pendakwah itu akan berterusan meskipun sering dikecam dan dihina.
Terbaeks ALHAMDULLILAH Allah Maha Berkuasa dan Adil.
Yang menyokong tu… boleh la salurkan sumbangan anda pada tabung kebajikan Ustaz Ebit Liew. Insyaallah.
alhamdulillah. saya sgt gembira dgn berita ini. insya allah saya sokong usaha ebit liew. jgn lupa korang support kedai mkn ebit liew masak pun sedap. org baik ramai yg sayang. smoga Allha merahmati kita semua dan lebih banyak ebit liew dapat menginspirasi masyarakat tak kira agama untuk sayang menyayangi.
maaf baru perasan ada typo. maaf ejaan Allah tu tak tepat. min kalo boleh tolong betulkan ejaan tu dan delete meset saya yg ni.
Alhamdulillah. Hebat ustaz Ebit ni. T kasih dgn daya usaha ustaz
.malu terasa diri ini
Truskn prjuangan ustz ebit dlm mnolong org ssah dn daif.nyh kn suara2 sumbang,dngki tu.diorg ckp lbih,tlong xnk.buat mlu org islam je.
Alhamdulillah…Allah sedang menyantuni kamu ustz ebit lew..semoga semua urusan dipermudahkan Allah…kuatkan semangat..doamu Allah dengar…tahniah