fbpx

“Dapat Isteri Sabar, Selalu Memaafkan Jangan Pula Ambil Kesempatan”

Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17 tahun semalam, pelakon Datuk Aaron Aziz menitipkan ucapan istimewa dan romantis buat isterinya, Datin Diyana Halik.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Aaron mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang sentiasa bersama dan menjaga dirinya serta keluarga mereka. Aaron turut mengatakan, tanpa isterinya dia tidak berada di tahap sekarang.

BACA: Aaron Aziz Larang Anak-Anak Tunjuk Harta

“Alhamdulillah, tabarakaAllah, syukur kepada Allah. Terima kasih Dar kerana menjadi mata saya ketika saya tidak dapat melihat, untuk melepaskan bibir saya ketika saya tidak dapat bernafas. Terima kasih kerana mencintai saya.

“Semoga Allah selamanya dan sentiasa melindungi keluarga kita. Selamat hari ulang tahun ke-17 Dar. Kawan baik saya, orang kepercayaan dan separuh nyawa saya. Bukan saya tanpa awak. Sayang awak Dar,” katanya.

Rahsia kebahagiaan dalam rumah tangga, Aaron memberitahu saling bertolak ansur antara yang paling penting dalam perkahwinan. Aaron turut mengingatkan para suami agar tidak mengambil kesempatan jika dikurniakan isteri yang penyabar.

Sebagi suami isteri kena saling bertolak ansur dan berkomunikasi. Dalam perkahwinan, masing-masing ada angin sendiri, tapi isteri saya banyak mainkan peranan penting.

“Dia sentiasa bagi semangat dan ‘padamkan api’. Dalam erti kata lain keduanya perlu saling memahami. Rumah tangga adalah kebersamaan. Paling penting, apabila suami dapat isteri sabar dan selalu memaafkan, jangan pula ambil kesempatan,” katanya.

Aaron dan Diyana mendirikan rumah tangga pada 2003. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 16, Dwi Ariana, 14 dan Dahlia Arissa, 10.