fbpx

Dapat Cincin Jenama Mewah, Michael Ang Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

Baru-baru ini perkongsian pengarah terkenal Michael Ang menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar cincin di Instagram miliknya.

Menerima cincin jenama mewah Perancis, Cartier, Michael turut meninggalkan kapsyen romantik serta mengucapkan terima kasih kepada individu itu kerana sentiasa berada disisinya.

BACA: Michael Ang Jadi Penyanyi, Tak Kisah Suara Dikutuk Janji Dapat Duit

“Hey saya mahu mengucapkan terima kasih kerana berada di sisi saya. Anda adalah sebab saya hidup sekarang. Dan saya menghargai anda sangat-sangat!” tulisnya.

Perkongsian Michael itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang tertanya adakah pengarah memberi petunjuk akan menamatkan status bujangnya. Tidak kurang juga ada yang bertanyakan adakah cincin tersebut daripada Datuk Seri Vida.

Setakat ini Michael masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai persoalan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.