fbpx

“Dapat 700A Sekalipun, Kalau Malas Tak Guna”

Pelakon Sharnaaz Ahmad menitipkan nasihat buat pelajar yang mendapat keputusan kurang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar tidak berputus asa.

Menerusi sesi siaran langsung di Instagram, Sharnaaz berkata mendapat keputusan yang teruk sememangnya perkara tidak menggembirakan namun ianya bukan pengakhiran sebaliknya perlu terus bangkit.

BACA: Along Cham Serah Jawatan Presiden Duda Kepada Sharnaaz Ahmad

“Kepada sesiapa yang dapat keputusan teruk, saya juga salah seorang yang pernah dapat keputusan kurang baik untuk SPM.

“SPM memang satu benda penting tapi bukan pengakhiran, sebaliknya permulaan untuk bangkit dan jangan ‘tidur’ terus,” katanya.

Menurut Sharnaaz, dia juga mendapat keputusan kurang baik ketika SPM namun menyeru mereka yang sepertinya supaya rajin untuk mengubah kehidupan ke arah lebih baik.

“Siapa yang dapat (keputusan) kurang baik seperti saya dulu, saya tak pandai. Saya jaga parking pun pernah. Kuatlah berusaha, mula dari bawah pun tak mengapa. Jangan jadi bodoh dan pemalas.

“Paling penting kalau 700A sekali pun, kalau anda pemalas, tak guna. Walau dapat 7E sekali pun, kalau usaha cari duit, akan menjadi,” katanya.

SUMBER: Kosmo