fbpx

Along Cham Serah Jawatan Presiden Duda Kepada Sharnaaz Ahmad

Pelawak Along Cham memuat naik perkongsian berseloroh menyerahkan jawatan presiden duda kepada pelakon Sharnaaz Ahmad.

Difahamkan, Along membuat hantaran itu selepas pelawak itu mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 4 April lalu.

BACA: Along Cham Kembali Bergelar Suami Selepas 8 Tahun Menduda

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ??O?G ???? (@alongcham)

“Maka dengan ini, saya serahkan jawatan Presiden Duda kepada Yang Berbahagia Tuan Mamu,” tulisnya.

Perkongsian Along itu mendapat reaksi daripada Sharnaaz yang mengatakan dia akan menjaga amanah tersebut dengan baik.

Dalam pada itu, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat Along yang kini kembali bergelar suami selepas lapan tahun menduda.

SUMBER: Kosmo