fbpx

Dan, Mereka Kata Akademi Fantasia 8 Akan Tetap Diteruskan

Peminat Akademi Fantasia, anda boleh tarik nafas lega.

Kepada bukan peminat Akademi Fantasia, atau program realiti terutamanya, ini akan membunuh anda.

Segala gossip & teka teki siapa yang akan meneraju Akademi Fantasia 8 akan bermula tidak lama lagi.

Gossip yang sebenarnya bertujuan mencetuskan hype ini sebenarnya hanya berkesan sekali dua untuk program realiti seperti Akademi Fantasia.

Masuk edisi ke-8, kami rasa sangat patut pihak Astro membelanjakan duit lebih untuk memantapkan bahagian teknikal & persembahan pentas.

Kerja kamera dalam program Akademi Fantasia musim-musim lepas juga tiada beza dengan teknologi 10 tahun lalu.

Jangan hanya mahu kaut untung tetapi menerbitkan program yang tiada nafas baru, statik & tidak bermanfaat kepada industri hiburan.

Sehingga ke hari ini, tiada seorang pun juara Akademi Fantasia yang benar-benar memberi impak kepada peningkatan taraf industri hiburan.

Jika pihak Astro nampak hal ini selain dari keuntungan berjuta ringgit hasil undian SMS, kami pasti mereka akan segan menerbitkan program sampah begini. – M