fbpx

“Dalam Ramai-Ramai Bergambar, Anak Erra Fazira Pakai Mask”

Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosialmengenai majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa dan PU Riz yang didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Bagaimanapun, tular video di TikTok apabila anak kepada Engku Emran dan Erra Fazira iaitu Engku Aleesya menjadi perhatian ketika bergambar di atas pelamin.

BACA: Polis Siasat Majlis Pernikahan Neelofa, PU Riz

@irania.mohamed

Dia sorg pakai mask sesi bergmbr majlis lofa???

? original sound – ?GADIS?IEZA – ieza ??

Menerusi video tersebut, netizen memuji kanak-kanak berusia 12 tahun itu yang tetap menjaga SOP dengan memakai pelitup muka ketika bergambar bersama ahli keluarga.

“Dalam ramai-ramai, anak Erra Fazira yang pakai pelitup muka. Sangat menjaga SOP, tindakan yang bagus adik!” tulisnya.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan Aleesya. Malah, ramai yang memuji didikan Erra.

Bapa Aleeysa iaitu Engku Emran mendirikan rumah tangga dengan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila pada 19 Mac lalu.

Terdahulu, polis telah membuka kertas siasatan selepas dipercayai majlis tersebut gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.