fbpx

Dakwaan Sudah Hamil, Elfira Loy Minta Doa Baik Baik

Baru sahaja selesai melangsungkan kesemua majlis resepsi perkahwinan, Elfira Loy tampil menjawab persoalan peminat mengenai desas-desus mengatakan beliau hamil. Tidak mengiyakan juga menafikan, Elfira mohon doa peminat.

BACA: Peminat Nampak Baby Bump, Elfira Loy Kini Hamil?

“Lumrah pasangan yang sudah berkahwin, mesti mereka mahukan cahaya mata sebagai penyeri keluarga. Alhamdulillah, semenjak hari pertama saya bernikah, saya telah menerima doa dan kata-kata yang baik dari peminat”

“Mereka berharap serta mahu melihat saya dan suami menimang anak secepat mungkin. Jadi, bagi menjawab desas-desus terbabit, saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk saya dan suami, Insya-Allah,” jelasnya.

Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan Elfira ‘bunting pelamin’ apabila ada mata-mata tajam peminat seolah melihat ‘baby bump’ ketika majlis resepsi terakhirnya di sebelah pihak lelaki.

Sepertinya Elfira juga tidak menafikan desas-desus ini. Mungkin belum tiba masanya untuk Elfira berkongsi kepada umum jika benar beliau hamil. Jika benar, tahniah diucapkan buat Elfira! (rtky/w)