fbpx

“Dakwaan Hana Tidak Benar, Kami Masih Sebumbung”

Nama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sekali lagi menjadi bualan ramai apabila isterinya, Hana Azraa mendedahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

Bagaimanapun, PU Abu menafikan dakwaan isterinya itu dan menjelaskan mereka masih lagi pasangan suami isteri dan dia hanya ke Kuala Lumpur selama beberapa hari atas urusan kerja.

BACA: Hana Azraa Dedah Bakal Bercerai Dengan PU Abu

“Kami masih suami isteri. Kami masih sebumbung dan saya datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan anak. Dakwaan Hana itu tidak benar kerana saya baru saja ke sini dua tiga hari,” katanya kepada MHETV.

Semalam, Hana Azraa memberitahu dia dan PU Abu kini dalam proses perceraian. Malah, Hana juga mendakwa mereka tidak lagi tinggal bersama di mana dia tinggal di Kedah manakala PU Abu berada di Kuala Lumpur.

Malah, Hana juga berkata dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan PU Abu serta mendoakan agar pendakwah itu bahagia bersama Ain Afini, bekas isterinya.