Dakwaan Bernikah Lagi, Tauke Terus Membisu
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki mirip pelawak Tauke Jambu bersama seorang wanita bernama Shu seperti pasangan pengantin.
Meskipun pelbagai desas-desus timbul mendakwa pelawak itu berkahwin lagi satu, namun Tauke terus membisu. Bagaimanapun, satu entri dimuat naik di Insta Story seakan menjawab persoalan ramai.
BACA: Tular Video Lelaki Berbaju Nikah Mirip Tauke Jambu, Netizen Tanya Kahwin Lagi Ke?
“Siapa pun aku. Apa pun aku buat. Tujuan dan kehidupanku, solatku, hanya kerana Dia,” tulisnya.
Sementara itu, sebentar tadi Tauke dilihat ada memuat naik satu perkongsian di Insta Story meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih kepada mereka mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.
Memetik laporan Harian Metro, cubaan untuk menghubungi Tauke dan juga isterinya, Nadia Mohd Affendi sejak semalam tidak berjaya apabila panggilan dan mesej tidak dijawab.
Semalam, tular beberapa gambar Tauke menggayakan baju Melayu putih lengkap bersamping bersama seorang wanita berbaju kurung dan bertudung putih seperti selesai bernikah.
Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina kini berusia 3 tahun.
- SUMBER
- Harian Metro
Dah pencen kan..
lupakan..
Tak sabar nak tengok Bang Jat Masuk Ellen DeGeneres
Membisu forever pun hokay.
Tak pernah minat pun i..
Kata2 hikmah yg memualkan..uwekk
Lps Jambu meninggal Tauke ni dah x best dulu dgn regu dia ok gk laa
Tu la beza sngt arwah Pak Yus dgn Towkey ni
Belakon weh belakonnnnnn. Gimik je ni nk suruh org tgk.
apepn klau betul dia nikah..ape salah nye dh halal..
dr dia bwk dating2 mcm syuk tu lg terukkk… cme kesian kt bini pertama la..hmmm tp siapa kita nk judge..yg penting diorg bahagia..
Buaya darat msia…Syuk no.1
Muntah wei nama produk.org Melayu ni pikir sex je ke memanjang..org barat yg lg kuat sex pun x over cmni..malu la dhla islam melayu plak tu..dah2la jual produk bijak kepala bawah..kepala atas bila nk bijak plak?