fbpx

Dakwa Bakal PhD Tapi Universiti Malaya Nafi

Kehebatan Boy Iman atau nama sebenarnya, Norul Iman A. Rahman yang kini berusia 38 tahun mencetuskan api spekulasi di laman sosial tidak dapat dinafikan lagi dan baru-baru ini dia mendedahkan status pendidikannya peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM) beserta sekali dengan kad pelajarnya.

BACA: Boy Iman Pula Lancar Lagu Sendiri

Malangnya perkara tersebut dinafikan sendiri oleh universiti berkenaan melalui beberapa laman sosial rasmi mereka. Bagaimanapun menurut Boy Iman kepada Utusan Malaysia, tunggu sajalah hari konvokesyen nanti.

“Saya rasa dah macam Raja Viral. Semua yang saya lakukan akan menjadi perbualan banyak pihak. Serba salah jadinya. Biarlah masa menentukan. Tunggu sahaja hari konvokesyen berlangsung kelak,” jelasnya.

Sebelum ini Boy Iman pernah ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah banglo. Rata-rata komen yang ditinggalkan warga laman sosial ternyata mahu pelakon ini tidak menipu lagi.

Bak kata Boy Iman, kena tunggu konvokesyen dulu dan pastinya gambar yang dikongsikan nanti bukanlah sekadar berada di depan pintu pagar UM sahaja’kan? (rtky/s)