fbpx

Dakwa Difitnah, Adam Shahz Nafi Bawa Anak Tidur Sebilik Dengan Kekasih

Sejak patang tadi, hangat diperkatakan mengenai dakwaan pelakon Fatin Afeefa apabila anak perempuannya, Ivy Herra Sophia bercerita mendakwa dia dan bapanya, Adam Shahz tidur sebilik dengan teman wanitanya.

Memilih untuk berdiam diri kerana mahu membawa perkara itu ke mahkamah, Adam mengakui dirinya bukanlah baik tetapi tidaklah sampai melakukan perkara tak senonoh di depan anak.

BACA: Fatin Afeefa Bengang Anak Dedah Bekas Suami Tidur Sebilik Dengan Teman Wanita?

“Saya tak nak beri kenyataan sebab nak bawa perkara itu ke mahkamah. Apa yang dikatakan pihak sana (Fatin) itu fitnah! Saya sedar, diri bukan la baik sangat tapi tidaklah sampai saya nak buat perkara tak senonoh depan anak.

“Apa-apa pun, tak ada apa yang saya boleh komen lebih lanjut dan kita biarkan mahkamah yang menentukan nanti,” katanya.

Terdahulu, Fatin dilihat ada memuat naik beberapa perkongsian kapsyen di Insta Story seolah berang dan marah dengan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian Fatin dilihat telah memadam semua perkongsian tersebut serta memohon maaf kerana terpaksa membuka cerita mengenai hal rumah tangganya kepada umum.