fbpx

Daiyan Trisha Syukur Berjaya Miliki Rumah Idaman

Kagum dengan Daiyan Trisha, mana tidaknya selepas tiga tahun membeli rumah pertama, pelakon itu berjaya memiliki kediaman keduanya, rumah teres dua tingkat.

Memetik Astro Gempak, Daiyan berkata rumah berkonsepkan minimalis itu sememangnya menepati karakter dan jiwanya.

BACA: Balik Dari Tunai Umrah, Daiyan Trisha Suka Baca Terjemahan Al-Quran

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

“Apabila saya bawa keluarga dan kawan-kawan rapat ke rumah ini, atau menunjukkan gambarnya, mereka kata satu perkara ‘rumah ini sangatlah kamu’.

“Dan yang lucunya, saya pun rasakan hal yang sama. Pertama kali saya melangkah masuk ke dalam rumah ini, saya rasa ia jodoh saya, seperti ia sedang menunggu saya,” katanya.

Dalam pada itu, Daiyan turut meluahkan rasa syukur impiannya untuk memiliki kediaman idamannya itu menjadi kenyataan.

“Rumah idaman saya, terima kasih Ya Allah, cinta hati saya, kamu sangat baik pada saya. Apabila impian saya jadi kenyataan, seperti segala kerja keras saya berbaloi. Tolong doakan yang baik-baik ya,” katanya.

Sebelum ini pada 2019, Daiyan berkongsikan kejayaannya membeli rumah pertamanya sebuah kondominium terletak di Kuala Lumpur.