Ramai yang mempersoalkan penampilannya yang kini berambut perang, pendakwah muda, Da’i Syed Shah Iqmal berkata dia mahu tampil lebih yakin di khalayak ramai.
Syed berkata dia membuat keputusan untuk mengubah imejnya sejak tahun lalu selepas pelbagai musibah melanda dirinya. Jelasnya, dia mewarnakan rambut menggunakan inai.
BACA: Jumpa Jarum & Syiling Pelik, Da’i Syed Terkena Sihir
“Saya akui mewarnakan rambut dengan menggunakan inai. Sebenarnya, saya buat ini ketika diri dilanda dengan segala musibah yang berlaku pada tahun lepas. Saya jadi tak yakin nak jumpa dengan orang.
“Bila saya perangkan rambut ini, ubah sikit imej dan penampilan, adalah rasa yakin sikit. Tak salah pun sebab saya pakai inai, bukan guna produk yang menghalang air atau yang menyukarkan saya untuk berwuduk atau mandi wajib,” katanya.
Dalam pada itu, Da’i Syed berkata dia tidak menolak kemungkinan akan mengubah lagi penampilannya kepada yang lebih bersesuaian di masa akan datang.
“Contohnya, mungkin saya akan potong rambut pendek jika saya sudah jodoh, siapa tahu bukan? Tapi tentang perkara ini, saya serah pada Allah SWT. Buat masa sekarang, apa yang saya boleh katakan, saya mahu fokus pada keluarga.
“Ramai saja yang tanya saya bila nak kahwin…Contohnya bila saya balik kampung. Tapi, tak apalah, saya mahu fokus pada keluarga dulu.
“Bukan klise…Memanglah saya ada hasrat nak juga kahwin satu hari nanti. InsyaAllah, kalau ada nanti saya beritahu,” katanya.