fbpx

Pendakwah bebas, Da’i Syed berkata dia bersama isterinya, Hana Ismail pernah terserempak dengan pemfitnah yang berkongsikan video di TikTok, Nurul Atiqah di sebuah kondominium beberapa bulan lalu.

Memetik Oh Bulan, Syed berkata ketika itu dia dan isterinya sedang berada di dalam lift untuk turun ke tempat letak kereta di kondominium berada.

BACA: Kaitkan Isteri Gugur Kerana Kifarah, Da’i Syed Nak Saman Pemfitnah

Tiba-tiba dia terdengar suara wanita yang memanggilnya dalam keadaan teruja. Menurut Syed wanita tersebut ketika itu bersama dengan seorang lelaki dipercayai teman lelakinya.

“Ketika kami hendak masuk ke dalam lift berdua tu, saya nampak ada sepasang lelaki dan wanita tetapi saya tak perasan siapa. 

“Dalam perjalanan turun ke tempat letak kereta itu tiba-tiba saya terdengar suara seorang perempuan memanggil dan menjerit nama saya umpama lama tak berjumpa.

“Jadi saya pun pusing dan bila saya pusing tu saya terus, ‘Ya Allah’. Siapa saya jumpa?  Saya jumpa Nurul Atiqah. Dia pun tepuk teman lelaki dia dan cakap, ‘Eh itulah Da’i Syed’,” katanya.

Syed mendakwa wanita berkenaan berterusan menjerit namanya namun dia hanya berlalu pergi bersama isterinya. 

Sementara itu, Hana berkata dia mengakui terkejut dengan reaksi wanita tersebut ketika terserempak dengan suaminya. Hana berkata pada awalnya wanita tersebut adalah peminat atau kawan kepada suaminya.

“Saya sebenarnya terkejut sebab orang yang menjadi mangsa kepada seorang pemangsa tidak akan beri reaksi seolah-olah dia teruja ketika berjumpa dengan pemangsa. Jadi sebab itu pada awalnya saya sangkakan dia adalah seorang peminat atau kawan lama kepada suami saya.

“Tapi bila tahu siapa dia yang sebenarnya saya rasakan itu bukan reaksi sebenar seorang mangsa yang mendakwa dirinya mengalami tekanan perasaan ketika bertemu dengan si pemangsa yang dikatakan melakukan perbuatan rogol kepadanya,” katanya.

Terdahulu, wanita bernama Nurul Atiqah memuat naik video mengenai kes rogol membabitkan pendakwah itu serta mengaitkan keguguran isteri Da’i Syed sebagai kifarah atas perbuatannya.