fbpx

Da’i Syed Dilepaskan Sementara Selepas 21 Hari Dipenjara

Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Memetik Sinar Harian, Hakim Datuk Aslam Zainuddin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Syed untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman ihingga rayuan didengar dan diputuskan.

BACA: Masih Berpantang, Isteri Da’i Syed Ucap Terima Kasih Pada Yang Mendoakan

Sesi pendengaran permohonan penggantungan pelaksanaan itu dibuat mengikut Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah membenarkan permohonan tersebut dengan beberapa syarat yang tidak didedahkan butiran secara terperinci.

Terdahulu, Syed dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang wanita pada 5 tahun lalu.

SUMBER: Sinar Harian