fbpx

Masih belum puas dengan drama kisah cinta Khairul Fahmi? Mari kita tambah lagi.

Dahlia Teck baru baru ini ada mengeluarkan kenyataan berkenaan keadaan semasa hubungan beliau & Khairul Fahmi.

Menurut Dahlia Teck, semenjak beliau di’kaitkan sebagai ‘perampas’ dalam episod Khairul Fahmi – Elia Si Jejari Runcing, hidupnya berubah.

Bukan berubah dari segi apa, tetapi Dahlia Teck mendakwa menerima banyak panggilan dari nombor yang tidak di’kenali. Namun bertindak bijak, Dahlia Teck tidak langsung melayan mana mana panggilan yang tidak di’kenali itu.

“Saya digelar dengan pelbagai gelaran kurang sopan dan dituduh menggunakan susuk dan guna-guna untuk memikat (Khairul) Fahmi, sebab itu saya langsung tidak membalas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepada saya,” kata Dahlia Teck.

Dahlia Teck juga berterima kasih kepada peminat & individu yang berusaha membersihkan nama Khairul Fahmi kerana itu lebih penting untuk memastikan moral pemain bola sepak itu sentiasa tinggi ketika beraksi.

Gadis ini turut mengakui beliau & Khairul Fahmi kini dalam proses mengenal hati budi masing masing dan apa yang berlaku membantu merapatkan hubungan mereka. via MEOW