Sebut saja Buntat, pasti ramai tahu watak yang dilakonkan oleh Muhammad Ariff Abdullah dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku sememangnya sangat popular hingga mencetuskan fenomena.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Sudah lama tak dengar cerita mengenai pelakon tersebut, Muhammad Ariff kini lebih memberi fokus kepada pelajaran kerana bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.
Ariff kini turut membantu bapanya yang menjual roti canai di medan selera di Jitra, Kedah. Tidak lekang dengan senyuman, Ariff kini lebih mesra dan selesa ketika diajukan soalan mengenai perkembangan dirinya.
Menurut Ariff, dia sudah lama tidak menerima tawaran berlakon dan terpaksa memperlahankan aktiviti lakonan berikutan wabak pandemik COVID-19.
“Mungkin ada hikmahnya juga kerana disebabkan Covid-19 ini saya dapat fokus kepada pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan SPM.
“Kali terakhir saya menjalani penggambaran tahun lalu dalam satu babak drama 7 Hari Mencintaiku 2 dengan memegang watak sebagai Ariff,” katanya.
Dalam pada itu, Ariff berkata dia tidak kisah ditawarkan apa sahaja watak namun perlu seiring dengan usianya yang sudah meningkat remaja.
“Saya seronok berlakon dan yakin akan dapat menjiwai apa saja watak yang diberikan kerana minat dan enggan sia-siakan bakat yang ada,” katanya.