fbpx

“Dah ‘Sedekah’ Pun Menyalak Lagi, Maknanya Tak Tenanglah?”

Baru-baru ini, tular video dikongsikan pengguna TikTok memaparkan pelakon Puteri Sarah selepas selesai membuat sesi siaran langsung.

Menerusi video itu, Puteri Sarah seolah memberikan kata-kata berbaur sindiran dimana netizen seolah memahami ianya ditujukan kepada siapa.

BACA: “Tiada Masalah Jika Puteri Sarah Terus Bergaya Cantik, Kemas, Sopan” – Yusof Haslam

@janda___muuu

Dah bgi Pun MenyaLak Lgi Maknanya x TenangLah#puterisarahliyana#syamsulkahwinirakazar#artismalaysia#viral#tiktok#fyp#fyp?

? bunyi asal – SingLeMama…? – ?_____?

Menurut Puteri Sarah, dia sudah pun move on daripada kisah perceraiannya serta mengatakan enggan melayan provokasi daripada pihak tersebut.

“Kita dah bagi apa dia nak, kita dah sedekah kat korang, so apa lagi korang nak? So kalau dah bagi pun, masih menyalak lagi so maknanya tak tenanglah?” katanya.

Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen seolah berpuas hati dengan sindiran Puteri Sarah itu serta ramai yang memuji pelakon itu kelihatan semakin cantik.

Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.