fbpx

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Puteri Sarah Liyana menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video mengikut trend di TikTok.

Video dikongsikan oleh Puteri Sarah itu menggunakan filter wajah lelaki dengan audio nampak ‘Ok’ tetapi sebenarnya sedang menahan rasa sakit.

BACA: Puteri Sarah Kantoi Hisap Vape Masa Live? Kawan Baik Jelas Perkara Sebenar

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang kurang senang serta mengatakan sama level seperti ‘sebelah sana’.

Kata netizen lagi, Puteri Sarah mempunyai standard tersendiri dan lebih baik tidak berkongsikan video berkenaan meskipun hanya untuk suka-suka sahaja.

Dalam pada itu, Puteri Sarah dilihat ada membalas komen seorang netizen bahawa video tersebut hanya suka-suka sahaja dan berjanji bahawa kali terakhir dia membuat video sedemikian.