Nampaknya hasrat penyanyi Sufian Suhaimi untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampai apabila mengesahkan hubungannya dengan Rania Al Sadat sudah pun berakhir pada bulan lalu.
Memetik BH Online, Sufian berkata keputusan untuk berpisah dibuat bersama serta menerima takdir dengan reda namun mereka masih berkawan baik.
BACA: Sufian Suhaimi Jual Bantal Zikir Tapi Kekasih Tak Bertudung?
“Kami masih berkawan baik. Cuma, ikatan merisik sudah terlerai dan terima perkara ini dengan hati terbuka serta tiada dendam.
“Saya dan Rania masih berjumpa serta bercakap selepas buat keputusan. Cuma, kami kenalah hormati status dan beri ruang kepada diri masing-masing bila lepas pulangkan cincin merisik.
“Keputusan ini juga dibuat secara bersama, tak ada gaduh. Kalau ikutkan kami rancang bernikah tahun lalu, cuma ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan,” katanya.
Sementara itu, Sufian berkata soal perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main ataupun terburu-buru dan putuskan untuk tidak meneruskan hubungan selepas berbincang.
“Bukan nak cakap keputusan berkahwin dibuat secara tergesa-gesa, tetapi semakin dekat dengan tarikh nikah, kami berbincang mengenai kehidupan masing-masing,” katanya.
Dalam pada itu, Sufian berkata dia bersyukur kerana ianya berlaku ketika dalam fasa merisik dan bukannya selepas bertunang mahupun berkahwin.
“Inilah sebenarnya hikmah di sebalik adat yang dilaksanakan. Kita merisik bukan bermaksud bernikah. Merisik adalah fasa saling mengenali. Saya bersyukur dapat mengenali dirinya. Dia sangat baik dan begitu juga dengan keluarganya,” katanya.
SUMBER: BH Online