fbpx

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza didakwa sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya, Bella Astillah selepas kontroversi anaknya ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies.

Perkara itu turut mendapat perhatian adik kepada pelakon Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari yang memberikan reaksi di Facebook Berita Harian mengenai laporan tersebut.

BACA: “Allah Sayang Abang, Ada Hikmah Dalam Apa Jua Ujian” – Ibu Aliff Aziz

Menerusi komen itu, Fadzil meminta ibu kepada pelakon dan penyanyi itu bertenang serta mengatakan tindakan Hafiza itu seolah Bella pula yang ditangkap khalwat.

Sebelum ini, Hafiza dilihat ada memuat naik perkongsian sebagai tanda sokongan terhadap anaknya. Hafiza turut memberikan kata-kata semangat buat Aliff bahawa Allah ada bersamanya dan mereka sekeluarga sentiasa ada di belakang Aliff dalam apa jua keadaan.