fbpx

“Allah Sayang Abang, Ada Hikmah Dalam Apa Jua Ujian” – Ibu Aliff Aziz

Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza dilihat ada memuat naik perkongsian sebagai tanda sokongan terhadap anaknya susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Hafiza memuat naik video persembahan anak perempuannya, Aisyah Aziz di sebuah acara.

BACA: Ruhainies ‘Like’ Posting Ibu Aliff Aziz Di Instagram

Hafiza turut memberikan kata-kata semangat buat Aliff bahawa Allah ada bersamanya dan mereka sekeluarga sentiasa ada di belakang Aliff dalam apa jua keadaan.

“Masya-Allah tabarakallah alhamdulillah hidup, mati, rezeki kita semua Allah yang tentukan bukan manusia.

“Inilah peringatan yang selalu anakanda kami, Aisyah pesan pada kami. Masya-Allah, yang penting ikhlas dan niat kerana Allah. Allah sentiasa ada dengan kamu dan kami juga berada di belakangmu walau apa pun yang berlaku,” tulisnya.

Dalam pada itu, Hafiza berkata setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah tertentu dan tiada manusia yang semprna begitu juga anaknya.

“Allah sayang abang dan Allah maha baik, pasti ada hikmah dalam apa jua ujian yang datang. Kamu tak sempurna begitu juga orang lain.

“Semoga Allah permudahkan perjalananmu dan memberikan ketenangan di dalam hati. Kami sayang kamu kerana Allah,” katanya.