fbpx

Dah Lali Dikecam, Fiza Halim Hanya Jadi Diri Sendiri

Baru-baru ini, nama pelakon dan penyanyi Fiza Halim menjadi bualan ramai selepas dikatakan terlalu seksi apabila mengenakan pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badannya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fiza dilihat ada memuat naik gambar serta seolah menjawab mengenai kecaman dilemparkan terhadapnya.

BACA: Dituduh Buat Projek Dalam Tandas Hotel, Ada Yang Dakwa Pernah Langgan Fiza Halim?

Menurut Fiza, dia sudah lali dengan kecaman malah sudah banyak kali dirinya dikeji. Namun, Fiza berkata dia hanya menjadi diri sendiri dan tidak mahu hipokrit.

“Lagi korang kutuk, semangat tu lagi sampai. Banyak sangat dah kena keji, kena kecam, dah jadi lali. Saya hanya menjadi diri sendiri.. Tak payah nak hipokrit,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fiza turut memberikan pesanan kepada netizen supaya berhenti mengikutinya di media sosial jika kurang senang dengan apa yang dikongsikannya.

“Tak gitu? Yang suka dan minat saya, sila follow. Kalau tak suka sila tekan butang unfollow ya. Sekian terima kasih,” tulisnya.