fbpx

Dah Hujung Tahun Tapi Terlampau Sibuk Sampai Lupa Nak Bayar…

Bila dah masuk hujung tahun ni ada banyak perkara yang nak diselesaikan. Al maklum lah masa ni lah semua benda nak kena audit kan. Itu kalau bab bekerja lah.

Belum campur bab hal rumahtangga lagi. Hujung tahun lah masa untuk bercuti dengan family, masa nak balik kampung lah, senang cerita masa untuk life dan family.

Tapi masa-masa juga jangan sampai korang terlupa bayar benda yang wajib ni. Zakat harta, satu benda yang wajib ditunaikan buat yang beragama Islam. Jangan tak tahu, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga. Jadi jangan ambil sambil lewa bab zakat ni okey!

Jangan tak tahu, dengan zakat harta yang korang laksanakan tu dapat membantu ribuan keluarga yang memerlukan.

Jom Kongsi Rezeki Dengan Cara Mudah Ni

Zaman dah serba maju mustahil korang masih tak tahu cara paling mudah untuk korang bayar zakat harta. Yang menariknya, korang boleh bayar di mana saja korang berada. Mudah. Hanya klik klik jer!

Bagi korang yang tinggal sekitar Selangor, korang hanya terjah Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk sertai kempen Kongsi Rezeki Dengan 2.5%. Kempen yang berdurasi 2 bulan ini adalah untuk mendorong rakyat Malaysia melunaskan zakat sebelum berakhirnya tahun semasa. Aplikasi Zakat Selangor akan membantu warga Selangor untuk kira kadar zakat secara spesifik dan bayaran secara Direct Debit akan memudahkan cara pelunasan zakat pada setiap bulan melalui potongan secara auto. Kesempurnaan zakat itu bukan sahaja pada zakat fitrah, tapi juga pada kesempurnaan zakat  harta seseorang.

Kongsi Rezeki dengan 2.5% membawa konsep di mana perkongsian 2.5% korang melalui 10 jenis zakat harta itu memberi banyak perubahan dalam kehidupan.

Informasi dan pendedahan tentang 10 ZAKAT HARTA ini berkait rapat dengan berapa jumlah penerima zakat yang telah disantuni terutamanya pada hujung tahun.

LZS banyak membantu mereka yang dilanda musibah seperti banjir dan bencana lain yang menimpa. Bagi korang yang nak bercuti hujung tahun ni. Jangan lupa lunaskan dulu zakat harta okey, baru lah holiday korang tu smooth je!

Siap Boleh Dapat Ganjaran Menarik Lagi!

Sebelum 31 Disember ini, Sijil Simpanan Premium BSN akan menjadi milik korang sekiranya korang bertuah ketika membayar zakat melalui medium bayaran yang disediakan. Nak lagi senang kalau korang guna Direct Debit, boleh bayar zakat pendapatan secara potongan bulanan. Auto kan senang. Bayar zakat ni, boleh dapat ganjaran dunia akhirat. Jadi jangan lepaskan peluang ini okey.

Tapi tak semua orang yang boleh dapat ganjaran ni tau. Hanya pembayar zakat di Selangor sahaja berpeluang memenangi hadiah menarik seperti Sijil Simpanan Premium BSN ni dalam tempoh Kempen ( 1 Disember 2022 – 31 Disember 2022 ) ni. 

Jadi yang sekitar Selangor tu jangan lupa bayar zakat harta sebelum tahun semasa habis ya.

Jom Borak Dengan Geng LZS Secara Langsung

Bagi korang yang mempunyai seribu satu pertanyaan mengenai cara bagaimana untuk bayar zakat harta. Jangan lepaskan peluang untuk sembang bersama LZS. Sembang LZS adalah sebuah rancangan terbitan Lembaga Zakat Selangor di mana program ini membincangkan isu dan topik hangat berkaitan zakat yang bakal memberi pelbagai pencerahan dan maklumat terkini.

Menariknya jemputan khas sebagai panel setiap episode, menampilkan panel yang berbeza. Siaran episod ditayangkan di Facebook dan Spotify Lembaga Zakat Selangor. Jangan lepaskan peluang ini untuk sentiasa peka dengan tuntutan yang diwajibkan ke atas umat Islam

Maklumat lanjut layari laman rasmi Zakat Selangor.