fbpx

Dah Cakap Kan, Jangan Main-Main Dengan SAKA!

Kalau cerita bab hantu ni memang banyak sangat kat Malaysia ni. Macam-macam cerita yang kita dengar. Pocong, hantu raya, toyol dan banyak lagi lah. Tapi yang paling kami seram sekali adalah SAKA.

Kalau orang dulu-dulu selalu sangat dikaitkan dengan saka ni. Saka ni adalah jin atau hantu yang akan sentiasa ikut tuan dia. Kalau tuan dia suruh dia buat A, dia akan buat A. Kalau tuan dia suruh buat B, dia akan buat B. Tapi dengan syarat, ada lah upacara untuk bagi makan kat dia. Kalau tak bagi memang dia akan ‘mengamuk’.

Atuk Cakap Sorang-Sorang!

Teringat pulak satu cerita dari kawan baik kami ni. Arwah atuk dia ada saka! Memang tiap-tiap malam ‘benda’ tu mula lah mengacau. Kononnya saka tu dibela untuk perlindungan diri. Tapi sampai ke anak cucu dia kacau weh. Ada jugak kadang-kadang dia nampak Atuk dia bercakap dengan seseorang walhal tak ada siapa pun. Anda tahu-tahu je lah siapa kan? Adeh naik pulak bulu roma!

Kawan kami pernah cakap jugak, ada satu hari tu, atuk dia lupa nak bagi benda tu makan. Memang mengamuk. Macam-macam dia kacau sampai tak tidur jugaklah semalaman. Mengilai, bagi jatuh barang dan banyak lagi lah aksi yang benda tu buat sampaikan malam tu mereka terpaksa keluar rumah tidur hotel. Dan dalam perjalanan nak ke hotel tu pun dia masih kacau. Sepanjang perjalanan tu memang bertawakal supaya kejadian tak dingini berlaku. Seriau jugak kan?

Misteri Volkswagen Kuning Di Karak

Tetiba pulak teringat kisah misteri Volkswagen kuning di Karak tu. Kereta ni akan kacau kereta yang lalu lalang di situ. Katanya kereta ni akan mengganggu kereta lain yang lalu dengan cara memotong kereta yang ada dengan tiba-tiba dan secara mengejut. Lepastu dia akan memperlahankan semula Volkswagen kuning tadi agar anda memotongnya semula. Ada jugak yang kata jangan potong semula kereta Volkswagen kuning tu kalau tak nak apa-apa berlaku.




Kisah ni memang ‘makanan’ orang Malaysia. Sebut jer cerita ni memang ramai yang tahu. Sampai ada jer pengarah yang memfilemkan kisah seram ni yang sampai sekarang pun masih misteri! Tiada siapa pun yang dapat sahihkan kewujudannya sama ada ianya benar-benar berlaku atau tak.

Jom Hayati Pengembaraan Koleksi Mistik dengan Petron!

Seram weh! Aduhai dahla kami baru lepas baca 14 koleksi cerita seram dari Koleksi Mistik ni. Sejak PKP ni memang telefon lah jadi ‘kawan baik’. Daripada keluar rumah dengan keadaan Covid-19 ni sekarang kan, baik kita stay rumah jer. Bahaya jugak kalau keluar rumah, baik baca kisah mistik ni. Keluar bila perlu jer.

Dalam dok takut-takut pun still jugak nak membaca sampai habis sebab macam enjoy lah pulak baca koleksi Kisah Mistik ni. Sebab apa kami cakap enjoy? Dalam anda dok seram sejuk baca kisah mistik tu, anda boleh dapat mata ganjaran percuma dari PETRON. Macam komik seram. Menarik gais! Bila kami landing masuk dalam tu memang betul-betul diselubungi misteri…

Lepas jer anda selesai membaca kesemua kisah seram ini, anda akan dapat 1,000 mata ganjaran Petron Miles. Dan mata ganjaran ni nanti akan ditukar menjadi RM10. Memang berbaloi dan sangat mudah! Mata ganjaran akan dikreditkan dalam masa 4-8 minggu.

Apa yang paling WIN adalah semasa anda mendaftar, tak ada kad Petron Miles pun takpe. Anda boleh jer masukkan kad anda di kemudian hari. Pengumpulan mata ganjaran pula sah sehingga akhir tahun 31 Disember 2020.

Apa lagi, jom sama-sama rasai pengembaraan misteri bersama Koleksi Mistik dengan Petron!

#FuelHappyAtHome
#PetronMalaysia
#KoleksMistikdenganPetron
#PetronBlazeRON95