fbpx

Tunjuk Duit Dalam Akaun Bank, Cik B Pernah Belanja RM1 Juta Sebulan

Baru-baru ini menerusi perkongsian di TikTok, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dilihat ada memuat naik video gelagat kedua-dua anaknya berkongsikan jumlah wang dalam akaun bank mereka.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai apabila Cik B menunjukkan dia pernah berbelanja kira-kira RM1 juta pada Julai lalu.

BACA: DSV Terkejut Banyak Darah Kotor Keluar Lepas Balik Bercuti Dari Sabah

Malah, Cik B turut menunjukkan perbelanjaan pada November lalu iaitu RM23,000. Pendedahan tersebut sekaligus membuat DSV terkejut melihat perbelanjaan anak perempuannya itu.

@datoserividaofficial

Oloh anak mama lagi kayo dari mama loni ? hasil jual salmon skin ke tu @cikb_havoc66 @KACAK WORLD #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #salmonskincikb #masukfypdong #masukfyppls #fyp??viral #foryoupage #masukberandafyp #fypage #gelakdsv

? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

“Cik B spend 1 juta. Aiyo. Oh spend Aiyo takut aku banyaknya beli. Apa yang dia beli sampai sejuta?,” katanya.

Bagaimanapun, Kacak enggan berkongsi jumlah perbelanjaannya namun memberitahu dia lebih suka menyimpan duit.

Diruangan komen, rata-rata netizen berseloroh mengatakan mereka  pernah berkawan ketika kecil. Malah, ada yang bertanyakan sama ada DSV mahukan anak angkat.