Dah 5 Tahun Kenal, Jejaka 28 Tahun Suami Baru Syura
Semalam, penyanyi Syura mengejutkan ramai apabila selamat menamatkan zaman janda selepas bergelar isteri kepada Muhd Farizat Ismail.
Meluahkan rasa syukur urusan pernikahannya dipermudahkan, Syura berkata suaminya itu hanya orang kebanyakan dan menjalankan perniagaan makanan.
BACA: 9 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Syura Nikah Kali Kedua
“Alhamdulillah segala galanya dipermudahkan. Saya bernikah dengan lelaki bujang dan orang kebanyakan. Dia menjalankan perniagaan makanan kecil-kecilan.
“Kami kenal sejak lima tahun lalu. Dalam tempoh itu, dia menjadi penyokong dan pengkritik saya. Ketika saya menceburi perniagaan produk kecantikan kulit, Charmant, dia juga antara yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar,” katanya.
Dalam pada itu, Syura berkata anak-anaknya menerima bapa tiri mereka dan serasi dengan suaminya. Katanya lagi, dia tetap akan menjaga tiga anaknya itu dengan baik.
“Mereka sendiri menangis kegembiraan saat saya sah bergelar isteri. Sebagai anak yang kian membesar, mereka juga memahami pergelutan saya dalam meneruskan kelangsungan hidup.
“Namun apa terjadi saya tetap akan menjaga tiga amanah itu dengan baik. Malah anak juga serasi dengan suami saya selama ini,” katanya.
- SUMBER
- Astro Gempak
Bagusla syura. Jaga suami baik2.jaga pakai makan minum. Stop membawang dalam live lg. Ade akai.
mcm mna lh hub sepupu klu dh khwin lps tu bercerai
Adoiii….
Masih muda, elok, tapi hmmmmm…..
J…J….J……J….juga yang menjadi pilihan….
Jaga anak orang hmmm…..
Napa ye klau Janda dipandang hina dilabel sbg sisa org? Ingat semua anak dara tu betul2 dara ke..klau lelaki duda ke curang ok je..patutnya hentikan la label janda duda ni..sgt diskriminasi..yg prmpn takut laki kena kebas, yg lelaki asyik sakat ingat janda ni xdak maruah..yg benci atau pndg hina Janda ni smoga awak x jd janda atau mak, kakak, adik, anak atau cucu cicit awak dijandakan pulak..btw, Saidatina Khadijah tu Janda..hina Janda ibarat hina isteri Nabi..Nabi yg maksum pun kawen dgn Janda..klau x berminat, x perlu ckp lebih2..diam sj..belum tentu Janda2 nakkan lelaki yg takut dgn tjwb..sy bangga sbg ibu tunggal bkn janda desperate yg perlukan laki org atau jantan lembik..
Gila la dari umur 23 kenal. Tak geli ke weh? Ewww
bgus la..pasni jaga mulut tu..