9 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Syura Nikah Kali Kedua
Tiada angin tiada ribut, penyanyi Syura Badron mengejutkan ramai apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya hari ini.
Mengakhiri status ibu tunggal sejak sembilan tahun lalu, Syura diijabkabulkan di Masjid As Salam, Puchong, jam 12.30 tengah hari tadi.
BACA: Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Selesai Luar Mahkamah Kes Saman Siti Nordiana
Berita gembira itu disahkan oleh isteri penyanyi Lan Solo iaitu Shila Razlan yang juga rakan baik Syura. Sementara itu, Shila berkata Syura akan mengumumkan identiti suaminya malam ini pada majlis resepsi. Katanya lagi, suami Syura adalah lelaki terbaik untuk penyanyi itu.
“Alhamdulillah Syura telah pun selamat bergelar isteri kepada seorang lelaki yang diminta saya untuk dirahsiakan identitinya.
“Mungkin Syura sendiri akan mengumumkan suaminya itu pada majlis resepsi malam nanti. Namun yang pasti, jika ditanya pada saya, suami Syura adalah seorang lelaki yang terbaik untuk dirinya,” katanya.
Dalam pada itu, Shila berkata anak-anak Syura menerima lelaki tersebut dengan sebagai ayah tiri mereka dan ianya pengakhiran yang baik buat penyanyi itu selepas melalui perjalanan yang panjang.
“Suaminya sangat membantu. Anak-anak Syura pula menerima ayah tiri mereka dengan baik. Malah mereka pun sudah memangillnya dengan panggilan daddy.
“Lelaki itu juga sangat baik dan pandai menyesuaikan diri dan melayan anak-anak serta keluarga mentuanya dengan baik,” katanya.
Terdahulu, Syura mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadhly Md Yassin pada 2006 namun bercerai pada September 2014 dan kembali rujuk pada 10 Novembeer tahun yang sama.
Kemudian mereka bercerai kembali buat kali kedua pada Ogos 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata.
- SUMBER
- Astro Gempak
Bagusla…harap lepas ni takde masa dah membawang berjemaah secara live ye
Hmmmm T-U-D-U-N-G.
amazing post keep sharing this type of news. thanks for sharing
Harap kekal.hingga ke akhir hayat..
Tak minat ibu tunggal, tak nak jaga anak orang
Siapa ckp tak perlu bertudung, sekadar beriman dkt atas tu oiii?
Klu ko mengaku beriman, automatically kau akn bertudung.
Sbb? Sbb org yg mengaku beriman, mestilah tutup aurat. Dan slh satu cara tutup aurat ialah dgn pakai tudung.
So, camna ko bleh kata x pyh bertudung, ckp skdr beriman?
MAAF TANYA SYURA MUKA OPERATE EH? BERBEZA BENOR WAKTU MUDA DAN SEKARANG..
nampak berusia muka dia sekarang.