fbpx

“Dah 5 Bulan Kahwin, Belum Ada Tanda Nak Dapat Anak”

Sudah lima bulan mendirikan rumah tangga dengan usahwan Ezza Yusof, pelakon Remy Ishak mengakui sudah memikirkan soal zuriat ketika sibuk bekerja.

Menurut Remy, dia teruja selepas mendengar cerita pelakon Amyra Rosli mengenai cahaya mata. Malah, ada kawan-kawan sudah bertanyakan mengenai perkara itu.

BACA: Penantian 15 Tahun, Remy Ishak Menggeletar Julang Trofi FFM31

“Saya sudah beberapa bulan kahwin tapi belum dapat tanda-tanda lagi. Terfikir juga macam mana nanti. Kami masing-masing sibuk.

“Apabila sudah mula masuk lokasi penggambaran, kawan-kawan sudah mula bertanya perkara ini. Mereka tanya saya bila tarikh kahwin dan bila saya beritahu, mereka kata takkan belum ada apa-apa? Pertanyaan mereka buat saya terfikir perkara ini,” katanya

Kata Remy, dia akan berbincang dengan isterinya mengenai perkara tersebut memandangkan sebelum ini tidak pernah terfikir tentang cahaya mata kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Nak pergi berbulan madu pun tak sempat lagi. Ingat hari itu nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rasanya selepas itu sudah boleh pergi berbulan madu tapi sebenarnya tak kerana banyak sekatan dari segi dos penggalak vaksin dan lain-lain.

“Apabila sudah boleh pergi saya pula mula sibuk dengan kerja dan sebagainya. Jadi kami belum dapat lagi menikmati saat-saat manis,” katanya.