“Dah 2023, Tak perlulah Komen Yang Boleh Mengguris Hati Peserta” – Nabila Razali
Penyanyi Nabila Razali berkata juri dalam sesebuah program perlu lebih sensitif dalam memberikan komen dan tidak perlu sehingga mengguris hati para peserta.
Memetik BH Online, Nabila berkata kritikan dalam bentuk menghentam perlu dihentikan sesuai dengan peredaran zaman dan adalah lebih baik jika memberi kritikan yang berilmu.
BACA: “Dia Melawak Saja” – Isteri Atu Zero Mohon Maaf Kepada Nabila Razali
“Sudah 2023, rasanya tidak perlulah hendak komen yang boleh mengguris hati peserta. Kita tidak boleh hendak samakan zaman dahulu dengan sekarang.
“Tidak dinafikan ada artis generasi Y dan Z yang manja. Tetapi kita kena faham, tidak semua membesar dalam suasana sama.
“Mungkin ada yang tidak pernah kena marah dengan keluarga sebelum ini. Jadi, apabila kena marah dan disaksikan jutaan penonton, sudah tentu beri kesan kepada jiwa mereka.
“Berdasarkan pemerhatian, ada beberapa juri yang sambil nilai, mereka mengajar seperti Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang,” katanya.
Pernah dikecam serta sering dikritik kerana vokal yang dikatakan kurang mantap, Nabila turut menitipkan nasihat kepada anak seni supaya bersiap sedia dari segi ketahanan mental.
“Apabila sertai bidang seni, bukan sahaja orang yang kita tidak kenal kecam, malah, mereka yang kita kenal. Perkara itu, bagi saya, sangat menyakitkan.
“Bukanlah hendak kata sudah lali, tetapi, sejak dahulu lagi, iaitu ketika menyertai program realiti Akademi fantasia (AF), saya sudah berdepan situasi ini,” katanya
- SUMBER
- bh Online
Apa kaitan 2023 dengan komen?
dh 2023, tak perlu lah nk cemarkan industri dgn lame gimmick dan no talent. beria pakai baju pengantin in the end suara hauk jugak
Dia punnn..nakk juga komennn…
Tahun tu just number jek makcik nabila weh! Perangai manusia ni sampai kiamat mcm tu laa x berubah mana pun! Sbb tu Al Quran tu kekal relevan sepanjang zaman sbb manusia ni walaupun canggih mana pun teknologi dan material yg kita ada tp nafsu kita, akal kita tetap level hamba juga, hamba kpd apa yg kita taksubkan!
Nabila tak layak komen pun, No talent. 10 years menyanyi pun still tak boleh nak live singing. Pastu sentap. Lol!
semua yg komen takpayah tu mostly dari kumpulan yg bermasalah, otai2 semua relax je.
TAKUT KENA SEMBOR NGAN NEK MAS IDAYU LAH TU SUARA KAU PUN BURUK
Abihhh dh suara tk bezz…? Netijen mlysia jjur dekkk? Kuikuiii
Suara ko pun ke laut n selalu sumbang. Tak sedar lagi ke?
Chumi Chumi Chumi vroomm
ptut skrg xde pnyanyi bkualiti