Sebelum ini, personaliti media sosial Kasih Iris Leona mengakui rimas dengan sikap netizen yang tidak berhenti bercakap mengenai lehernya sehingga membuatkan dia menjalani pemeriksaan penyakit tiroid.
Bagaimanapun, Leona dia tidak sakit sebaliknya lehernya kelihatan bengkak bukan disebabkan penyakit berkenaan sebaliknya diselaputi lemak yang menebal.
BACA: “Itu Adalah Lemak, Saya Tak Sakit” – Leona Rimas Netizen Sebut Pasal Tiroid
@
Baru-baru ini, Leona ada memuat naik video memaparkan dia menjalani prosedur membuang lemak pada dagunya atau rawatan ‘fat melting’ di sebuah klinik untuk mengecilkan bahagian tersebut.
“Hai semua, hari ini saya buat rawatan yang dipanggil ‘fat melting’ (mencairkan lemak) dan mereka baru menyapu krim kebas. Jadi kita tengok hasilnya nanti,” katanya.
Sementara itu, Leona memberitahu rawatan tersebut tidak menyakitkan langsung kerana pada awalnya dia menyangkakan prosedur tersebut menyakitkan.
Perkongsian Leona itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabila ada yang menyalahkan antara satu sama lain kerana tindakan itu berpunca daripada mereka yang menegur megenai leher Leona sebelum ini.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan Leona tidak perlu menjalain prosedur tersebut kerana gadis itu sememangnya sudah cukup cantik dimata mereka.
SUMBER: HibGlam