fbpx

Personaliti media sosial Kasih Iris Leona mengakui rimas dengan sikap netizen yang tidak berhenti bercakap mengenai lehernya sehingga membuatkan dia menjalani pemeriksaan penyakit tiroid.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Menerusi satu video, Leona berkata dia sudah pun membuat pemeriksaan dan dia bebas dari penyakit berkenaan. Malah, dia juga melakukan pemeriksaan ultrasound untuk memastikan dakwaan netizen itu.

BACA: Leona Dedah Pernah Dapat RM20,000 Sebulan Sebagai Influencer

Tegas Leona lagi, dia tidak sakit sebaliknya lehernya kelihatan bengkak bukan disebabkan penyakit berkenaan sebaliknya diselaputi lemak yang menebal.

“Ini adalah yang terakhir saya mahu bercakap tentang ini (tiroid). Sejujurnya ini adalah privasi saya tetapi kalian (netizen) tetap komen tentang perkara itu.

“Untuk pengetahuan, saya sudah buat pemeriksaan kesihatan. Bukan sekali tetapi dua kali. Untuk yang pertama saya buat full blood test dan keputusan adalah tiada tiroid. Kemudian kalian masih bercakap, saya pergi lagi hospital dan saya buat sekali lagi pemeriksaan. Keputusan masih sama, bersih.

“Tidak hanya itu, saya juga buat ultrasound dan tiroid saya adalah saiz normal. Yang tebal itu adalah lemak. Saya tidak sakit, tetapi itu adalah lemak. Saya juga nak beritahu, mata saya bukan sakit atau bengkak, tetapi ia besar,” katanya.

Dalam pada itu, Leona berkata dengan penjelasan tersebut orang ramai tidak lagi bercakap mengenai lehernya apatah lagi dia tahu keadaan kesihatannya baik-baik saja.

“Tolong berhenti bercakap tentang tiroid. Agak annoying bila kalian ambil kisah tentang kesihatan saya sedangkan saya tahu saya dalam keadaan baik-baik sahaja. Terima kasih kerana ambil berat tetapi itu agak biadap berikan komen tentang badan orang lain okay,” katanya.