fbpx

Daftar Bersama TV Live Untuk Menangi Tiket Percuma

Hanya mendaftar sebagai ahli Tv Live, anda berpeluang memenangi pas masuk secara percuma ke rancangan-rancangan yang biasa ditonton di kaca televisyen.

“TVLive.com.my merupakan satu platform yang terhasil daripada idea yang sebenarnya sudah lama dilaksanakan di negara-negara luar. Saya terpanggil untuk cuba mengaplikasikan sistem ini pada rakaman langsung yang ada di Malaysia.

“Jika dibandingkan dengan program televisyen di luar negara penonton di studio lebih bertenaga dan mampu memberikan reaksi tetapi sukar untuk melihat situasi berkenaan di Malaysia. Perkara itu terjadi mungkin disebabkan ia bukan minat dan dipaksa hadir ke acara berkenaan.

“TV Live mahu mengubah situasi itu dengan memilih penonton yang tepat untuk sesebuah rancangan dan melalui laman web kami pengunjung boleh mendaftar maklumat mengenai diri mereka dan beritahu kami program jenis apakah yang mereka minati.

“Menerusi kaedah itu kita akan mendapat sejumlah penonton yang benar-benar mahu menonton kerana sistem akan membuat pemilihan mengikuti kriteria yang orang ramai telah pilih ketika mendaftar secara percuma di TVLive.com.my,” jelasnya.

Kini percubaan pertama mereka telah berjaya membawa penonton yang sememangnya mahu menonton sendiri rakaman untuk game show Betul Ke Bohong musim ke empat.

Mereka kini dalam perancangan untuk mengadakan rancangan yang lebih besar seperti Konsert 3 Permata yang menampilkan Adibah Noor, Jaclyn Victor dan Misha Omar serta beberapa rancangan televisyen lain seperti Oh Tidakkk! Sains Comot, Peace Y’all serta banyak lagi dan mereka mahukan anda yang berminat sahaja untuk menjadi penonton eksklusif melalui TVLive.com.my