Dafi Akui Hilang Job Sejak Bapa Tak Lagi Jadi PM
Penyanyi Dafi mendedahkan dia hilang satu demi satu tawaran kerja selepas bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lagi menjawat jawatan Perdana Menteri.
Memetik Harian Metro, Dafi bagaimanapun tidak mempersoalkan perkara itu sebaliknya menganggap tiada rezeki buatnya apabila ada projek yang dibatalkan begitu sahaja.
BACA: “Kalau Ada Pihak Nak Bagi Layanan Istimewa Saya Terima Sahaja” – Dafi
“Tawaran bekerja bukan tiada langsung. Memang ada, tapi ada juga yang dah dipersetujui tapi dibatalkan begitu saja. Tiba-tiba mereka beritahu tak jadi sedangkan sebelum itu beriya-iya bagi tawaran.
“Saya nak persoalkan sangat sebab perkara ini berlaku pun susah juga. Jadi, saya terima saja dan anggap tiada rezeki. Tahun lepas jadual saya kosong tiada apa-apa tawaran.
“Saya tak rasa sedih kerana dah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Cuma orang tak faham saya sebenarnya dari awal tak terbabit dengan karier politik ayah,” katanya.
Menurut Dafi lagi, dia tidak terkesan status bapanya bukan lagi Perdana Menteri, namun mengakui ketika bapanya memegang jawatan ramai yang tiba-tiba bertanya khabar.
“Saya tak kisah sebab saya tak hadap (minta) pun. Saya dah ada orang-orang yang saya rasa perlukan dan akan kekal di situ. Tapi contohnya masa ayah ada kuasa, ramai yang datang.
“Saya sampai tak senang dalam hidup kerana nak melayan orang. Nanti dikata sombong, mereka datang dengan cara baik jadi saya layanlah.
“Semuanya saya jaga. Bila dah tiada apa-apa, semuanya lesap macam itu saja. Masa ayah dilantik jadi Perdana Menteri, saya balas mesej dari jam 5 petang sampai 9 pagi esok. Mereka yang dah lama hilang pun tiba-tiba bertanya khabar,” katanya.
Dalam pada itu, Dafi berkata dia tidak dapat apa-apa keistimewaan meskipun bapanya pernah menjadi Perdana Menteri, malah ramai tidak tahu situasi pernah dihadapinya ketika tiada tawaran kerja.
“Mereka tak tahu situasi sebenarnya. Malah waktu-waktu tiada tawaran kerja, saya pernah pecahkan tabung berisi duit syiling bawa ke bank untuk ditukar buat belanja sampai hujung bulan.
“Ayah tak bagi duit pun. Saya pun bukan jenis meminta-minta. Memang malu apabila dah besar masih mengharapkan mereka,” katanya.
Terus terang ckp la bakat awak tu x brp nk convinced sngt pun. Nyanyi pun biasa2, berlakon lg laa. You pun bkn muda lg. Senang ckp you xde wow factor, xde x factor. Sdg skang ramai bakat baru dtg silih berganti. Dunia hiburan ni perlukan samada sorg artis yg betul2 berbakat besar atau sorg artis yg ada daya penarik atau kekuatan karekteristik selain dari bakat dia yg biasa2 tu. Kalau you xde salah satu you will faded away when the time goes by…
Zmn rasuah
Betul lah cakap dafi tu. Komen pun ada 1 je.
Mungkin Dafi boleh join dengan Kazar Saisi buat duo apa-apa. Menyanyi ke. Tapi dua-dua tak berapa sedap lah. Ataupun lawak jenaka. “Kumpulan Daka”. Panggil Ira Kazar dan Puteri Sarah join. Tentu gempaq woo!