fbpx

Cuti Sekolah Dah Dekat, Anak Pasti Suka Amverton Heritage Resort

Kenapalah sebelum ini kami pun tak tahu tempat menarik macam Amverton Heritage Resort ada di Melaka. Dengan pelbagai pilihan bilik yang ada, ditambah pula dengan kawasan yang luas serta dipenuhi dengan pemandangan yang menenangkan mata, ini memang pilihan tepat untuk keluarga luang masa bersama.

Tapi sebenarnya ada beberapa perkara lagi yang anda perlu tahu. Sekarang ini memang kena tahulah sebab cuti sekolah dah nak dekat dan inilah masanya pun nak luang masa bersama keluarga’kan?

Mari kami kongsikan 3 perkara yang membuatkan anda perlu memilih Amverton Heritage Resort jika datang ke Melaka!

1. Harga Sangat Berpatutan

Bab pertama sebelum ke mana-mana pastinya kita akan ambil tahu pasal harga dan di Amverton Heritage Resort, harga yang ditawarkan memang berbaloi dan berpatutan. Bermula dari promosi RM170 sekarang, anda mampu membawa keluarga tercinta untuk berehat seketika dari kesibukan bekerja.

2. Taman Tema Air, Budak-Budak Memang Suka!

Ha, inilah sebenarnya punca utama mengapa Amverton Heritage Resort ini menjadi daya tarikan tidak henti-henti sehingga ke hari ini – sebab ada taman tema air. Puas anak-anak mandi, silap-silap ajak naik bilik pun tak mahu nanti.

Kalau mak ayahnya pun nak santai, kolam renang untuk orang dewasa pun ada ya, jangan risau.

3. Nak Buat Family Day Atau Majlis Pun Boleh

Memandangkan kawasan di Amverton Heritage Resort adalah sangat luas, nak buat hari keluarga di sini pun tiada masalah. Sekali-sekala ajak seluruh keluarga bersantai ramai-ramai di sini’kan menarik? Kerja-kerja juga, masa berkualiti dengan keluarga jangan dilupakan,ya?

Bagi anda yang mungkin belum pernah ke sini, Amverton Heritage Resort ini terletak betul-betul dekat tol Ayeh Keroh. Ini kalau nak berehat lepas memandu jauh dari Singapura, Johor Bharu atau pun nak ke Kuala Lumpur, berehat sehari dua di sini dulu pun okay.

Jadi, cepat-cepat periksa kalendar anda dan cepat-cepat tempah bilik di Amverton Heritage Resort. Cuba tunjuk gambar water slide taman tema air pada anak anda, memang melompat dia tak sabar nak pergi!

Cepat hubungi Amverton Heritage Resort di talian 06-232 3333 atau ketahui maklumat lanjut dan tempahan bilik di amvertonheritage.com. Paling senang sekali nak sampai sini, guna saja Waze atau Google Maps dan cari Amverton Heritage Resort.