fbpx

Curlas! Grab Pun Ada Surprise Delivery Sekarang

Omg geng! Semakin canggih dan semakin memudahkan kerja korang. Kali ni kalau korang nak pujuk buah hati yang sedang merajuk atau nak surprise someone atau korang sedang PJJ sekarang, boleh guna perkhidmatan ini untuk buatkan orang tersayang korang senyum lebar.

Kali ini Grab bukan sahaja menjalankan perkhidmatan e-hailing, Last Minute Gifting dari Grab pun ada! Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Jadi korang jangan nak bagi alasan banyak sangat bila nak memujuk buah hati korang tu.

Nak buat kejutan sekarang ni tak perlu tempah tempat yang mahal-mahal, last-last hanya beberapa minit jer kat situ. Korang kena save bajet memandangkan sekarang musim Endemik kan. Jadi yang boleh buat secara simple tu onz jer.

Macam Last Minute Gifting dari Grab ni korang boleh jer buat buah hati korang tersenyum dengan memberi sejambang bunga ke, coklat ke atau apa saja yang insan tersayang korang suka.

Kalau nak buat kejutan kepada mak ayah di kampung pun, boleh jer guna perkhidmatan Grab ni. Ala kami tahu lah korang tu asyik sibuk kerja jer, mana ada masa nak balik kampung kan? Hihi.

Tapi tak semestinya korang tak boleh buat insan yang telah membesarkan korang tu happy.

Bagaimana Cara Untuk Order?

Oh sebelum kami terlupa, maklumlah teruja pula bercerita pasal Last Minute Gifting sampai hampir terlupa nak cerita cara untuk korang buat tempahan menggunakan perkhidmatan ini.

Kalau korang nak tahu lebih 100 Cities Delivery (BETA) Grab yang akan menunaikan impian korang. Korang boleh pilih destinasi mana yang korang nak buat penghantaran.

Cara nak memilih hadiah dalam Grab ni pula sangat lah senang. Korang hanya perlu menghantar mesej kepada Grab delivery-partner melalui GrabChat untuk memasukkan nombor telefon penerima dan arahan penghantaran.

Contohnya, “Hai, pesanan ini untuk rakan. Anda boleh menghubunginya di +6012-xxxxxxx apabila anda tiba. Terima kasih!

Amacam senang jer kan? Kalau korang masih lagi tak faham korang boleh layari laman rasmi Grab, di sini banyak info yang korang boleh dapat.

Bila dah ada Last Minute Gifting tak salah pun kalau jadi sweet sikit.Nak surpurise hari yang sama pun boleh jer guna Grab 100+ Cities Delivery (BETA). Jadi apa tunggu lagi, jom lah usha apa yang ada dia Last Minute Gifting.