Kami sendiri tidak pasti sama ada kisah ini boleh masuk dalam ruangan hiburan atau tidak tetapi jika ianya terjadi di Hollywood liputan dari media hiburan pastinya ada. Kot.

Dua pembantu rumah pelakon Fasha Sandha dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana mencuri wang suaminya, Rizal Ashram di kediaman mereka di Duta Suria, Ampang sekitar 9.45 malam pada 12 Mac lalu.

Nilawati dan Sri Maniami masing-masing berasal dari Indonesia mengaku bersalah mencuri wang tunai dalam bentuk Ringgit Malaysia dan Rupiah Indonesia di rumah majikannya itu.

Fakta kes menyebut pada hari kejadian, Rizal diberitahu pembantu peribadinya bahawa jirannya menyedari rumahnya ditinggal tidak berkunci dan kedua-dua pembantu rumahnya telah hilang.

Ketika ditahan polis menemui wang tunai RM200 pada kedua-duanya pembantu rumah itu.

Kedua dua mereka yang tidak diwakili peguam itu merayu agar hukuman diringankan & berkata wang itu diambil untuk pulang ke kampung bagi menyambut Ramadan bersama keluarga.

Majistret Zulyana Zollkapli menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kepada kedua-duanya.