fbpx

Tiada Lafaz Cerai, Fattah Masih Sayangkan Fazura

Meskipun berdepan kemelut rumah tangga, namun pelakon Fattah Amin tetap dengan kenyataannya sebelum ini masih lagi sayangkan isterinya, Nur Fazura.

Memetik mStar Online, Fattah berkata dia akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan rumah tangga mereka yang sudah tujuh tahun dibina.

BACA: Riak Wajah Fattah Amin Nampak Sedih Tiba Di Mahkamah

“Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Saya masih berpegang dengan keyataan saya sebelum ini iaitu masih sayangkan Fazura. Tidak terjadi lafaz talak (terhadap Fazura),” katanya.

Dalam pada itu, peguam mewakili Fattah iaitu Zulkifli Che Yong berkata pasangan itu masih belum bersetuju utnuk bercerai secara baik kerana ada beberapa perkara perlu diselesaikan.

“Perkara ini perlu diselesaikan secara baik supaya mereka tidak memanjangkan lagi apa yang belum selesai,” katanya.

Difahamkan, perbicaraan selanjutnya akan berlangsung pada 7 Oktober depan.

SUMBER: mStar Online