“Curang Berlaku Sebab Lelaki Tak Pernah Rasa Cukup”

Pelakon Shahz Jaszle berpendapat lelaki berlaku curang dalam rumah tangga apabila mula merasakan tidak cukup dengan apa yang dimiliki meskipun mempunyai pasangan yang baik.

Memetik Utusan Online, Shahz berkata lagi setiap rumah tangga pasti akan diuji namun suami perlu menghargai pengorbanan isteri.

BACA: Shahz Jaszle Simpati Sophia Albarakbah Dilabel Penyondol

“Sebagai suami, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita dapat. Sebenarnya Allah hanya mahu beri ujian untuk kita melihat adakah kita berasa cukup? Curang juga berlaku kerana rasa tidak cukup. 

“Walaupun dikurniakan isteri yang sempurna, bantu urus hidup, pandai masak namun lelaki sebenarnya tidak pernah rasa puas,” katanya. 

Melakonkan watak Farouq iaitu seorang suami yang curang dalam drama Seadanya Kita, Shahz berkata lelaki perlu menghargai isteri sebelum terlambat.

“Nasihat saya, sebenarnya kita patut hargai apa yang kita ada sebelum terlambat. Kita hanya sedar sesuatu perkara itu tiada bila kita sudah kehilangan. Waktu itu, baru kita tersedar yang kita silap. Lelaki pula ego,” katanya.

Sumber: Utusan Online

×