“Cuma Nak Menghalalkan, Bukan Buat Perkara Tak Baik”
Meskipun ramai yang teruja dan gembira dengan tindakannya melamar Uqasha Senrose ketika siaran langsung Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020), namun ada yang kurang senang dengan aksi Kamal Adli itu.
Bagaimanapun, Kamal berkata ia merupakan langkah pertama untuk menghalalkan hubungan mereka. Gembira dengan jawapan diberikan oleh Uqasha, dia menyerahkan urusan mereka untuk ke fasa seterusnya kepada Allah.
BACA: Kamal Adli Buat Kejutan Lamar Uqasha Senrose Di Pentas AME2020
“Yeay! ‘Yes’! Cuma nk menghalalkan, bukan buat perkara tak baik kan. Terima kasih atas doa tu, Amin. Yang lain serah pada Allah,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Uqasha di Instagram mengatakan meskipun tidak memenangi mana-mana kategori pada malam itu namun dia sudah menang besar kerana lamaran secara langsung itu adalah hadiah paling bernilai.
“I’m so speechless, walaupun tak menang apa-apa tapi Uqasha menang lagi besar dari anugerah yang lain,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan kedua pelakon itu dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan. Menerusi perkongsian video di Instagram, Michael Ang ada bertanyakan soalan tersebut pada Kamal dan Uqasha.
“I’m so speechless!! ” gediknyaaaa hak tuih. Dah tu ko bukan baru awal 20an, Kamal pulak laki seusia dia anak dah nak masuk tiga. So apa lagi
sampai sekarang aku masih dok pikir sama ada semua tu betul atau lakonan semata2 utk promote drama..maklum la,selama ni banyak kali dah tertipu dgn lakonan diaorg
apa yg halal? setakat bertunang je pun belum lagi halal untuk berjimak.
jgn lupa nanti cium neldya ya, kamal
Nak menghalalkan jumpa wali ler….
Mmg sesuai la korang.dua2 ske brtukar2 psangan kn..so thts yur jdoh.
Doakan yg baik2 aje la.
Korang netizen yg penuh hasad dengki, hati hitam ni, kurangkanlah ngutuk. Karma korang tu dah berat dh tu
Kawen la cpt. Cari apa lg. Mmg korang sgt le matching sgt dari byk segi. Jgn tunang lama2 tu lesen P je ok.
Jumpa Kadi, saksi, wali dan Pegawai Pendaftar Nikah Wilayah Persekutuan.